Thursday, 21 February 2013

INTERFACES


Assalamu'alaikum.

Dah 2 hari ada kerja malam. Kena plak ada problem... meleret sampai siang. Alhamdulillah problem dah selesai. 

Jadi hari ni nak kongsi sket saja berkaitan "interfaces" yang digunakan dalam mobile comm.

Andaian aku @ analogy aku. Salah ke betui aku tak pasti. Tapi inilah andaian aku untuk nak pahamkan mende nii. 

Dengan adanya interface, ianya memudahkan komunikasi diantara dua pihak. Hanya info2 yang diperlukan sahaja akan diberi dan diterima.  Ianya mungkin boleh diandaikan seperti proses mengeluarkan duit :). Kita tak boleh ke kaunter dan minta duit tanpa mengisi borang dan menghulurkan buku akaun serta IC :). Ianya ada protokol yang mesti diikuti. 

Dengan mengisi borang keluar/masuk duit, maka itulah caranya kita memberitahu pegawai bank yang kita memerlukan duit atau menambah duit ke dalam akaun sebanyak yang tertulis didalam borang tersebut. Selain itu kita juga perlu menyertakan buku simpanan serta IC bagi tujuan "verifikasi". Jika salah satu dari keperluan itu tidak disertakan, maka kita tidak akan mendapat duit atau duit kita tidak akan dimasukkan ke dalam akaun.

Jadi begitulah juga andaiannya (bagi aku) untuk network element di dalam sistem komunikasi (2G atau 3G atau 4G) :). Dengan adanya interface, maka hanya maklumat yang diperlukan sahaja akan ditukarmilik dan di proses. Sekiranya maklumat yang salah diberikan/disertakan dengan interface yang salah, maka komunikasi itu akan terbatal ataupun panggilan akan terputus.

Didalam "mobile communication" terdapat begitu banyak interface. Ada yang aku pun tak tau sebab tak pernah "deal" dengan interface tersebut. Tengoklah kiralah sendiri dari gambar tuu berapa banyak interface yang dipakai dalam mobile communications.





Itu saja buat hari ni. Semoga ada info.

Wassalam.

~ JKPengalaman.blogspot.com ~

Tuesday, 19 February 2013

Standard Features


Assalamu'alaikum.

Hari ni sebenarnya tak dak sangat info yang nak dikongsikan tapi nak juga kongsi apa2 pun... So ini saja yang ada utk hari ni... heh heh... So aku masukkan juga sedikit info berkaitan FEATURES @ CIRI2 TAMBAHAN yang ditambah oleh operator pada setiap pelanggannya. Ciri2 berkenaan boleh di"enable" dan di"disabled" pada setiap profile SIM pelanggan di HLR. Selain dari di HLR, paramater2 lain yang berkaitan juga perlu di"set" di MSC.

Pada pendapat aku ada beberapa ciri2 yang bersifat "wajib ada" bagi setiap pelanggan mereka (ciri2 yang pelanggan tidak perlu melanggannya) dan ada beberapa ciri2 lain yang bersifat "optional" di mana ciri2 tambahan ini memerlukan pelanggan membayar secara bulanan ataupun setiap kali menggunakannya. Apakah ciri2 tersebut? Ciri2 ini sememangnya sudah tersedia di dalam MSC/HLR dan operator hanya perlu "enable" atau "disabled" parameter yang berkaitan.

Ciri "wajb ada":
- CLIP:
Nama teknikalnya adalah Calling Line Identification Presentation. Panjang plak namanya :). Macam mana nak tau yang ciri ini ada pada profile SIM anda. Caranya sangat senang dan anda boleh memastikannya seperti berikut.  Jika setiap kali anda menerima panggilan dan NOMBOR pemanggil atau NAMA pemanggil yang anda simpan dlm hp, tertera pada skrin, maka itu lah diaaa :).

Akantetapi ada ketikanya di mana penerima tidak dapat melihat nombor yang memanggilnya atau sekadar tertera PRIVATE CALL atau CALL sahaja. Adakah itu masalah? Jawapannya tidak. Kejadian begini terjadi berkemungkinan disebabkan setting pada element/equipment yang mengendalikan panggilan pemanggil. Berkemungkinan ada parameter RESTRICT calling party telah di"set" di sebelah pemanggil. Maka no pemanggil tidak dihantar ke MSC penerima.


Ciri2 pilihan:

- Call waiting.
Yang ni biasa sangat :). So tak perlu aku cerita lebih2 :)

- Multi Party
Dengan ciri ini pelanggan boleh buat conference call sehingga 6 orang (termasuk pemanggil). Rasanya tak ramai orang melanggan ciri ni. Ciri ni sesuai dengan warga korperat atau peniaga2 besar. Tapi dengan adanya high speed broadban, rasanya ciri ni mungkin tak berapa popular :)

- Call Forwarding
 Yang ni pun dah biasa sangat. Ramai yang tau fungsi dan macam mana nak guna ciri ni :)
Bukan yang ni saja, ada banyak lagi yang lain. 

Monday, 18 February 2013

GSM (2G) Network Topology Part 2

Assalamu'alaikum.

Hari ni nak tambah dan kongsi sket beberapa element yang tertinggal. Element sebelah kanan sekali (BC, IN & SMSC). Terima kasih pada teman seperjuangan (Haniff Abdullah) yang mengingatkan :). Untuk makluman, elemen-elemen yang berwarna kelabu tu adalah untuk mobile broadband :). Aku tak tau sangat dengan benda tu sebab bukan bahagian aku. Jadi tak ada la cerita berkenaan dengan mereka.

Jom teruskan perkenalan dengan elemen2 yang tertinggal.


IN:
Nama teknikalnya adalah Intelligen Network. Selalunya elemen ni berkait rapat dengan PREPAID. Inilah bendanya yang banyak "generate" duit pada operator :). Masyukkkk masyukkkk.

Majoriti pelanggannya yang berbagai peringkat umur dari pelajar sekolah, pelajar universiti/kolej, orang awam, pelancong asing dan lain2 lagi dan kemungkinan penjenayah pun pakai no prepaid nii... heh heh. IN banyak berkomunikasi dengan MSC & HLR.

Bagimana cara kerja sistem prepaid ni?

Secara ringkasnya:
Setiap prepaid subscriber profile disetkan beberapa parameter yang dipanggil TRIGGER KEY atau dalam bahasa kita CIRI2 TAMBAHAN. Di MSC juga disetkan analysis untuk menganalisa TRIGGER KEY bagi setiap pelanggan prepaid. Di MSC, TRIGGER KEY tu akan dianalisa untuk setiap panggilan keluar dan ada kes2 tertentu panggilan masuk juga akan dianalisa TRIGGER KEY nya. Bila TRGGER KEY di MSC & profile pelanggan ngam, barulah panggilan tu akan dianalisa di IN samada credit cukup atau pun takkkkk :) Dalam keadaan tertentu dan jarang2 berlaku dan operator kena pastikan ianya takkan berlaku. Tapi kalau berlaku maka pelanggan prepaid akan menikmati panggilan PERCUMA dalam tempoh berlakunya kejadian itu :). Tapi jangan harap la ia akan berlaku sebab bila berlaku ada beberapa golongan yang SUSAH/STRESS hehh heh cuma pelanggan je yang hepi gilaaaa :). Itu lah serba sedikit pasal IN dan aku pasti ramai yang sangat arif berkaitan prepaid ni sebab ramai yang pakai prepaid :).

BC:
Nama teknikalnya adalah Billling Centre. Dengar nama pun dah tau yang bahagian ni kerja dia buat bil :). Bil = masyukkkk :). Tapi kadang2 pelanggang tak mau bayarrr :) sebab pelanggan rasa yang dia tak pernah buat panggilan pada tarikh dan masa sekian2 :) Maka jadi lah sedikit ketegangan di pusat khidmat pelanggan :). Rasanya dari rekod bil terperinci ni juga operator boleh trace di kawasan manakah pelanggannya berada pada taikh & masa sekian2 sebab didalam bil terperinci itu tertera lokasi dimana panggilan dibuat :). Ini cuma anggapan aku saja. Mungkin operator ada cara yang lebih canggih lagi selain dari kaedah ini :).

SMSC:
Nama teknikalnya adalah Short Message Service Center. Element ni mempunyai "LIKE" terbanyak dikalangan pelanggan. Ia juga mempunyai faktor "WOW" atau "KILLER SERVICE" dalam dunia telekomunikasi mobile :). Walaupun mobile broadband telah menjadi fenomena dan lahirnya "KILLER APPs" seperti WHATSAPP dan seumpamanya, SMS masih lagi pertahan dengan repotasinya. 

Setiap SMSC mempunyai nombor pengenalannya sendiri dan database pelanggan. Dalam setiap SIM juga tersimpan nombor SMSC. Sekiranya no SMSC pada SIM salah, maka pelanggan tersebut tidak akan dapat menghantar SMS. Anda boleh cuba jika tak percaya (edit nombor SMSC dari setting di hanphone anda). Heheh tak payah cuba lah.

Mesej yang dihantar oleh penghantar SMS akan dianalisa di SMSC. SMSC akan berkomunikasi dengan HLR untuk mendapatkan lokasi penerima. Sekiranya penerima aktif, maka SMS dari penghantar akan dihantar kepada penerima. Akantetapi sekiranya penerima tidak berada di dalam kawan liputan atau baterinya habis/kaput, maka SMS akan disimpan untuk beberapa ketika sehingga penerima kembali aktif dan berada di dalam kawasan liputan. Sekiranya jangkamasa penerima tidak aktif melebihi had menunggu yang ditetapkan di SMSC, maka SMS tersebut tidak akan dihantar kepada penerima dan SMS itu akan dipadamkan dari SMSC. 

Kadang2 terjadi overload pada SMSC disebabkan oleh "suddent traffic". Selalunya kejadian begini berlaku pada hari perayaan atau peristiwa penting. Bila SMSC oveload, kemungkinan SMS tidak boleh dihantar atau penerima akan lewat menerima SMS. Mungkin anda pernah mengalami peristiwa begini :). Jadi tak perlu marah2 dengan operator... heh heh.

Setakat ni saja untuk hari ni. Moga2 ada info :)

Wassalam.

~ JKPengalaman.blogspot.com ~

Friday, 15 February 2013

GSM (2G) Network Topology



Assalamu'alaikum.

Ok. Sebelum ni aku dah cerita serba sikit berkaitan IMEI dan SIM serta apa yang ada dalam sekeping SIM tu.

Hari ni nak kongsi lagi sikit berkenaan network topology sehingga kita boleh guna sim dan hanset, untuk buat & terima call & sms ataupun internet.


Gambar dicopy dari  "www.lamankongsi.com" dan "puteramalaya1.blogspot.com".

Selain dari 2 elemen ini, masih ada banyak lagi element2 yang tugas2 mereka bersifat di sebalik/di belakang tabir :). Kira set2 "pemalu" sket :)

Oleh sebab sifat "pemalu" mereka tu, jadi mereka pun ditempatkan di dalam bangunan operator. Jom kita berkenalan dengan mereka :). Walaupun "pemalu", tapi OK :)

Secara ringkasnya, 1 system komunikasi (mobile communication - GSM / 3G) yang lengkap, boleh diwakilkan dengan gambarajah seperti di bawah. Maaflah kalau gambar tu nampak agak kuno sket :). Tapi matlamat dia adalah untuk perkenalkan elemen2 yang memainkan peranan dalam sistem komunikasi nii :)







Sebelum cerita lebih lanjut berkaitan elemen2 dalam topology tu, rasanya eloklah kita berkenalan dengan section2 didalamnya. Dari gambarajah tu ada 3 kotak dengan garis putus2 (dotted line). Kotak dotted line tu mewakili setiap section ataupun jabatan dalam bahasa pejabat :). Section2nya adalah.


1- BSS (Base Station Subsystem).
Terdiri dari BTS & BSC.
2- NSS (Network Sub System).
Terdiri dari MSC, VLR, HLR & EIR. Aku kerja di "jabatan" ni laa :)
3- OSS (Operation Support System).
Disini banyak memakai server berteknologi tinggi untuk monitor alarm, KPI dll.

Sekarang mari kita mulakan pengenalan dengan setiap elemen penting dalam gambarajah topology tu bermula dari elemen sebelah kiri sekali dan kemudian ke kanan.

1- Gambar handphone (zaman Flintstones). Yang ni tak payah cerita laa kann :)

2.

BTS: 
Nama teknikalnya adalah (Base Transeiver Station). Ini lah peralatan yang disambung kepada antena yg dipasang pada tiang atau menara telekomunikasi seperti dalam gambar di atas. Selalunya BTS berada dibawah tower tu (kotak atau kontena kecik). Nama lain untuk BTS adalah RBS (Radio Base Station).



3. 
BSC
Nama teknikalnya adalah (Base Station Controller). Selalunya BSC dipasang di dalam premis operator. Mungkin jaraknya dari BTS berpuluh-puluh km. Selalunya, BTS dan BSC berkomunikasi dengan menggunakan medium microwave. Kalau dekat tower tu, ada benda yang bulat ala2 gendang... tu lah bendanya untuk menerima & menghantar isyarat microwave. Satu BSC boleh mengendalikan sejumlah BTS (bergantung dengan kapasiti BSC).

4.
MSC:

MSC bukannya Michael Schumacher :). MSC atau nama teknikalnya Mobile Switching Centre memainkan peranan untuk memproses panggilan dan memilih laluan untuk disambung kepada orang yang kita panggil. Walaupun orang yang dipanggil hanya berada di sebelah kita, MSC masih diperlukan untuk membuat pilihan bagi menyambungkan panggilan kepada orang yang kita panggil. Selain dari tu, di MSC juga menyimpan data pelanggan secara "sementara". Contohnya IMSI, MSISDN, Basic Service info seperti SMS, Voice Call, Video Call dan Supplementary Info seperti call forwarding, call waiting, CLIP (fungsi untuk display no orang yang memanggil kita bila hp ringing) dan berbagai lagi. Di sini juga tersimpannya rekod terperinci untuk setiap aktiviti panggilan/penerimaan. Samada SMS ataupun suara (voice call). Call Detail Record (CDR) yang akan diproses di billing center untuk charge kita (untuk pospaid) dan sebagai rekod panggilan (untuk prepaid sebab pelanggan prepaid tak memerlukan bil terperinci). MSC juga memainkan peranan dan mempunyai hubungan dengan operator lain. Kalau tengok dalam diagram di atas, boleh la imagine kut :). MSC juga boleh memainkan peranan sebagai "gateway" untuk berkomunikasi dengan lain2 operator atau untuk sambungan antarabangsa.
Sebenarnya banyak benda nak cerita pasal MSC ni sebab inilah sebahagian kerja aku :). Tapi untuk pengenalan ni cukup setakat ni :). Medium connection adalah IP, TDM/E1.



5.
OSS:
Nama teknikalnya adalah Operation Support System. OSS selalunya 
digunakan untuk monitor alarm, menyimpan data2 bagi kegunaan penjanaan KPI dll. Minta maaf tak banyak nak diceritakan di sini sebab boleh dikatakan tak da pengalaman dengan NODE nih. Ni bukan jabatan aku, jadi tak banyak benda nak dikongsikan. Banyak2 kang salah plak. Medium connection adalah IP.

6.
HLR dan AUC:
HLR (Home Location Register) & AUC (Authentication Centre). Di sini tersimpannya database pelanggan dan authentication key untuk setiap SIM (pelanggan). Database ini akan terus disimpan di sini selagi pelanggan masih aktif menggunakan SIMnya. Database akan dipadamkan sekiranya ada arahan dari pelanggan (untuk postpaid) dan untuk prepaid, databasenya akan dipadamkan sekiranya pelanggan tidak aktif untuk beberapa bulan tertentu (tak pasti berapa bulan dan bergantung dengan operator). Penyimpanan database di sini adalah bersifat tetap. Medium connection adalah IP.

7.
VLR:
VLR atau nama teknikalnya adalah Visitor Location Register. Salah satu fungsinya adalah untuk menyimpan database pelanggan (database yang sama di simpan di HLR) secara sementara. Bagaimana dikatakan sementara??? InshaAllah kita akan ulas di lain seisi.

8.
EIR:
Nama teknikalnya adalah Equipment Identity Register. Fungsi NODE ni adalah untuk simpan database setiap mobile/handphone identity (IMEI). Dengan adanya database ni, operator boleh blok atau benarkan handset tu dipakai dalam networknya. Jika IMEI yg berkaitan tidak didaftarkan di dalam database EIR, maka hanset tersebut tadak boleh dipakai. Begitu juga kenya kalau hanset kita hilang, maka kita boleh report kepada operator untuk blok mamat yang curi hanset kita dari menggunakannya. Tapi syaratnya semua operator mestilah bersepakat dan bekerjasama menyimpan IMEI ni di dalam database berpusat :) Boleh paham kut :). Cth: Kalau sebelum ni hanset tu digunakan dengan Maxis. Sekiranya tiada penyimpanan data berpusat, maka mamat yang curi hanset tu boleh pakai hanset tu dengan operator lain seperti Celcom, Digi dll selain Maxis.

Cukup sampai disini untuk hari ni. Semoga ada info.

Wassalam.

~ JKPengalaman.blogspot.com ~


Thursday, 14 February 2013

IMEI

Assalamu'alaikum.

Hari ni nak kongsi berkenaan hanset identity code atau dikenali sebagai International Mobile Equipment Identity (IMEI). Setiap hanset mempunya IMEI sendiri. Nombor ini tidak akan diguna pakai oleh hanset yang lain. Akan tetapi ada juga pengeluar hanset yang guna nombor yang sama dengan hanset yang lain. Kes ini pernah berlaku dengan hanset buatan China. Tak pasti apa brandnya.

Cara nak check IMEI.
Jika hanset yang boleh dicabut baterinya, kita boleh lihat IMEI number di print pada sticker di belakang hanset (bila di cabut bateri). Cth seperti di dalam gambar.


Selain dari itu kita juga boleh check IMEI dengan mendail *#06# pada hanset kita. IMEI akan tertera pada skrin hanset. Cara ini boleh dipakai untuk hanset yang boleh dicabut bateri dan juga hanset yang canggih2 seperti Iphone (yang tak boleh di cabut bateri).

Wassalam.

Itu saja untuk hari nii :). Semoga ada sedikit info.

~ JKPengalaman.blogspot.com ~

Wednesday, 13 February 2013

SIM Card


Assalamu'alaikum.

Jom Kongsi Pengalaman (JKPengalaman).


Hari ni aku nak berkonsi info berkitan SIM (sim card yg kita beli dari Maxis, Celcom, Digi atau mana2 operator tuuu) dan terma terma yang dipakai.



Tahukah anda dari sekeping sim tu, ada maklumat2 penting yang disimpan didalamnya:

Antara maklumat2 yang penting adalah 5 perkara:
1- International Mobile Subcriber Identity (IMSI).
2- Authentication Key -
3- Location Area Identifier (LAI)
4- Short Message Service Center (SMSC) number
5- Service Provider Name (SPN).

Mende semua tuu??? 

Jom kita kenali serba sedikit berkaitan maklumat2 tersebut:

1 - International Mobile Subcriber Identity (IMSI).

IMSI merupakan 15digit number format yang telah ditetapkan untuk setiap operator. Rasanya tak perlu diperjelaskan lebih detail :). 
Jika dalam kes kehidupan kita... senang cerita macam no IC kita la :). Tapi identity ini bukanlah nombor yang digunakan untuk kita menerima call dari kenalan kita atau bukan kenalan kita. Sama juga dengan kes kita... orang akan panggil nama kita dan bukan no IC kita :) heh heh... harap2 boleh pakai kut analogi tuu :)
Selalunya cuma operator yang tahu nombor ini.
Mobile Subscriber Integrated Services Digital Network-Number (MSISDN) adalah nombor yang digunakan untuk menerima panggilan dari kenalan kita. Contohnya kalau pelanggan maxis bermula dengan 012 atau 017.

2 - Authentication Key -
kira macam cap jari kita :)


3 - Network ID code.
Network ID Code terdiri dari Mobile Country Code (MCC => 60 untuk Malaysia) & Mobile Network Code (MCC => 512 utk Maxis, 519 untuk Celcom, 516 untuk Digi etc.). Dengan adanya Network ID code, maka SIM tu akan hanya lock dengan operator yg berkaitan sahaja kecuali bila pelanggan tu roaming ke luar negara.

4 - Location Area Identifier (LAI).
Mengandungi informasi berkaitan lokasi terbaru dimana sim tu berada. Kira macam alamat rumah atau pejabat kita la. So senang posmen nak hantar surat. Tapi dalam kes SIM ni, dia akan simpan data Cell ID (InshaAllah akan diceritakan dalam lain bab). dan Location Area Code (LAC). Cell ID ni boleh disamakan alamat rumah dan LAC tu adalah bandar or post code.


5 - Short Message Service Center (SMSC) number.
Yang ni merupakan alamat atau nombor SMS Center yang akan digunakan oleh sistem untuk nak relaykan SMS kita kepada orang yang kita SMS :)
Yang ni tak pasti nak samakan dengan apa.... mungkin boleh dikatakan macam alamt pejabat Pos yang kita berurusan untuk menghantar surat berdaftar. Eh boleh paham ka? Pernah tak buat surat berdaftar? Pendek kata kalau SMSC number ni salah, maka tak sampai lah SMS kita. Tapi itu cuma salah satu daripadanya. Ada banyak lagi sebab2 yang boleh melibatkan SMS tak sampai atau tak dapat dihantar :). Rasanya tak perlu diperjelaskan disini.

- Service Provider Name (SPN).
Yang ni adalah nama operator yg akan tertera pada screen handset kita.




Diharap sedikit info ini dapat menambah sedikit pengetahuan kita berkaitan SIM yang kita gunakan setiap hari :) Ok boleh terima info nii??? ... 

InshaAllah kita sambung yang lain2 dilain kesempatan dengan tajuk yang lain pula.



Link2 menarik berkaitan SIM:


atau boleh check di wikipedia ataupun search di google :)

Wassalam.

~ JKPengalaman ~.