Assalamu'alaikum.
Ok. Sebelum ni aku dah cerita serba sikit berkaitan IMEI dan SIM serta apa yang ada dalam sekeping SIM tu.
Hari ni nak kongsi lagi sikit berkenaan
network topology sehingga kita boleh guna sim dan hanset, untuk buat & terima call
& sms ataupun internet.
Selain dari 2 elemen ini, masih ada banyak lagi element2 yang tugas2 mereka bersifat di sebalik/di belakang tabir :). Kira set2 "pemalu" sket :)
Oleh sebab sifat "pemalu" mereka tu, jadi mereka pun ditempatkan di dalam bangunan operator. Jom kita berkenalan dengan mereka :). Walaupun "pemalu", tapi OK :)
Secara ringkasnya, 1 system komunikasi (mobile communication - GSM / 3G) yang lengkap, boleh diwakilkan dengan gambarajah seperti di bawah. Maaflah kalau gambar tu nampak agak kuno sket :). Tapi matlamat dia adalah untuk perkenalkan elemen2 yang memainkan peranan dalam sistem komunikasi nii :)
Sebelum cerita lebih lanjut berkaitan elemen2 dalam topology tu, rasanya eloklah kita berkenalan dengan section2 didalamnya. Dari gambarajah tu ada 3 kotak dengan garis putus2 (dotted line). Kotak dotted line tu mewakili setiap section ataupun jabatan dalam bahasa pejabat :). Section2nya adalah.
1- BSS (Base Station Subsystem).
Terdiri dari BTS & BSC.
2- NSS (Network Sub System).
Terdiri dari MSC, VLR, HLR & EIR. Aku kerja di "jabatan" ni laa :)
3- OSS (Operation Support
System).
Disini banyak memakai server berteknologi tinggi untuk monitor alarm, KPI
dll.
Sekarang mari kita mulakan pengenalan dengan setiap elemen penting dalam gambarajah topology tu bermula dari elemen sebelah kiri sekali dan kemudian ke kanan.
1- Gambar handphone (zaman Flintstones). Yang ni tak payah cerita laa kann :)
2.
Nama teknikalnya adalah (Base Transeiver Station). Ini lah peralatan yang disambung kepada antena yg dipasang pada tiang atau menara telekomunikasi seperti dalam gambar di atas. Selalunya BTS berada dibawah tower tu (kotak atau kontena kecik). Nama lain untuk BTS adalah RBS (Radio Base Station).
3.
BSC:
Nama teknikalnya adalah (Base Station Controller). Selalunya BSC dipasang di dalam premis operator. Mungkin jaraknya dari BTS berpuluh-puluh km. Selalunya, BTS dan BSC berkomunikasi dengan menggunakan medium microwave. Kalau dekat tower tu, ada benda yang bulat ala2 gendang... tu lah bendanya untuk menerima & menghantar isyarat microwave. Satu BSC boleh mengendalikan sejumlah BTS (bergantung dengan kapasiti BSC).
Nama teknikalnya adalah (Base Station Controller). Selalunya BSC dipasang di dalam premis operator. Mungkin jaraknya dari BTS berpuluh-puluh km. Selalunya, BTS dan BSC berkomunikasi dengan menggunakan medium microwave. Kalau dekat tower tu, ada benda yang bulat ala2 gendang... tu lah bendanya untuk menerima & menghantar isyarat microwave. Satu BSC boleh mengendalikan sejumlah BTS (bergantung dengan kapasiti BSC).
4.
MSC:
MSC bukannya Michael Schumacher :). MSC atau nama teknikalnya Mobile Switching Centre memainkan peranan untuk memproses panggilan dan memilih
laluan untuk disambung kepada orang yang kita panggil. Walaupun orang yang
dipanggil hanya berada di sebelah kita, MSC masih diperlukan untuk membuat
pilihan bagi menyambungkan panggilan kepada orang yang kita panggil. Selain
dari tu, di MSC juga menyimpan data pelanggan secara "sementara".
Contohnya IMSI, MSISDN, Basic Service info seperti SMS, Voice Call, Video Call
dan Supplementary Info seperti call forwarding, call waiting, CLIP (fungsi
untuk display no orang yang memanggil kita bila hp ringing) dan berbagai lagi.
Di sini juga tersimpannya rekod terperinci untuk setiap aktiviti
panggilan/penerimaan. Samada SMS ataupun suara (voice call). Call Detail Record
(CDR) yang akan diproses di billing center untuk charge kita (untuk pospaid)
dan sebagai rekod panggilan (untuk prepaid sebab pelanggan prepaid tak
memerlukan bil terperinci). MSC juga memainkan peranan dan mempunyai hubungan
dengan operator lain. Kalau tengok dalam diagram di atas, boleh la imagine kut
:). MSC juga boleh memainkan peranan sebagai "gateway" untuk berkomunikasi dengan lain2 operator atau untuk sambungan antarabangsa.
Sebenarnya banyak benda nak cerita pasal MSC ni sebab inilah sebahagian kerja aku :). Tapi untuk pengenalan ni cukup setakat ni :). Medium connection adalah IP, TDM/E1.
Sebenarnya banyak benda nak cerita pasal MSC ni sebab inilah sebahagian kerja aku :). Tapi untuk pengenalan ni cukup setakat ni :). Medium connection adalah IP, TDM/E1.
5.
Nama teknikalnya adalah Operation Support System. OSS selalunya
digunakan untuk monitor alarm, menyimpan data2 bagi kegunaan penjanaan KPI dll. Minta maaf tak banyak nak diceritakan di sini sebab boleh dikatakan tak da pengalaman dengan NODE nih. Ni bukan jabatan aku, jadi tak banyak benda nak dikongsikan. Banyak2 kang salah plak. Medium connection adalah IP.
6.
HLR (Home Location Register) & AUC (Authentication Centre). Di sini tersimpannya database pelanggan dan authentication key untuk setiap SIM (pelanggan). Database ini akan terus disimpan di sini selagi pelanggan masih aktif menggunakan SIMnya. Database akan dipadamkan sekiranya ada arahan dari pelanggan (untuk postpaid) dan untuk prepaid, databasenya akan dipadamkan sekiranya pelanggan tidak aktif untuk beberapa bulan tertentu (tak pasti berapa bulan dan bergantung dengan operator). Penyimpanan database di sini adalah bersifat tetap. Medium connection adalah IP.
7.
VLR atau nama teknikalnya adalah Visitor Location Register. Salah satu fungsinya adalah untuk menyimpan database pelanggan (database yang sama di simpan di HLR) secara sementara. Bagaimana dikatakan sementara??? InshaAllah kita akan ulas di lain seisi.
8.
Nama teknikalnya adalah Equipment Identity Register. Fungsi NODE ni adalah untuk simpan database setiap mobile/handphone identity (IMEI). Dengan adanya database ni, operator boleh blok atau benarkan handset tu dipakai dalam networknya. Jika IMEI yg berkaitan tidak didaftarkan di dalam database EIR, maka hanset tersebut tadak boleh dipakai. Begitu juga kenya kalau hanset kita hilang, maka kita boleh report kepada operator untuk blok mamat yang curi hanset kita dari menggunakannya. Tapi syaratnya semua operator mestilah bersepakat dan bekerjasama menyimpan IMEI ni di dalam database berpusat :) Boleh paham kut :). Cth: Kalau sebelum ni hanset tu digunakan dengan Maxis. Sekiranya tiada penyimpanan data berpusat, maka mamat yang curi hanset tu boleh pakai hanset tu dengan operator lain seperti Celcom, Digi dll selain Maxis.
Cukup sampai disini untuk hari ni. Semoga ada info.
Wassalam.
~ JKPengalaman.blogspot.com ~
Wassalam.
~ JKPengalaman.blogspot.com ~
No comments:
Post a Comment