Wednesday 3 June 2015

EXCEL Formula - COUNTIF

Salah satu rujukan:

Ref: https://www.ablebits.com/office-addins-blog/2014/07/02/excel-countif-examples/

Tuesday 26 May 2015

ANDROID - Nak clear catch

Senang jee...

http://www.greenbot.com/article/2841772/clear-your-app-caches-to-clear-up-android-phone-issues.html

Tapi whatsapp bikin hp aku selalu hang... banyak gambar & video... banyak yg ulang tayang :(...

Dah tak masuk tahap tak boleh "CLEAR CONVERSATION" dah... Bila cuba nak "clear"kan... lagi teruk "hang"nya :(... Jadi pilihan yg ada sekarang.... delete satu-satu... :(

Monday 25 May 2015

EXCEL Formula - How To convert Excel Time (HH:MM:SS) To Second.

From Google search... found this link:

http://www.excelfunctions.net/seconds-to-time-excel.html

As times in Excel are simply numerical values, a specified number of seconds can be converted to an equivalent time value through simple arithmetic.
The decimal value representing 1 second in Excel is calculated as follows:
1 second = 1 / 86400

I.e. 1 second = 1 divided by the number of seconds in a day.

Example below:




Ref: http://www.excelfunctions.net/seconds-to-time-excel.html

Brs,
AZH

Sunday 22 March 2015

Restore Win 7 tapi lupa password pulak... Macam mana nak setel...bahagian 2

Kaedah yg sebelum ni dah dicuba tapi tak berjaya...

InshaAllah akan tiru kaedah seperti dlm link dibawah pula...

http://www.proyectobyte.com/hirens-boot-2/hirens-boot-cd-15-2-usb-2014-everything-one-cd?lang=en


Tuesday 17 March 2015

Restore Win 7 tapi lupa password pulak... Macam mana nak setel...

Assalamu'alaikum.

Tanya mr Google... "

How to Reset Your Forgotten Windows Password the Easy Way"


Macam biasa banyak pilihan yang dia kasi...

Aku pilih yg ni :

How to Reset Your Forgotten Windows Password the Easy Way


http://www.howtogeek.com/96630/how-to-reset-your-forgotten-windows-password-the-easy-way/

- Aku boot pakai Win7 installation CD.
- Win 7 Window pop-up >>> Next
- Win 7 Install Now pop-up.... aku pilih "Repair your computer"
- System recovery Options status bar bergerak2 ... scan mende ntahh...
- Selepas habis scan... aku pilih "Next"

Sekali keluar window pop-up dan tertera mesej yg mengatakan os dlm NB aku & installation CD tak ngam... so tak boleh proceed....

So aku browse youtube plakkk...

https://youtu.be/Z13fLYiFRCg 

(How to Reset/Recover Forgotten Windows 7 Password by AvoidErrors)



Dia sarankan guna 3rd party sw... Hiren's Boot CD... Saiznya 593MB (HirensBootCD 15.2)

Aku download di sini:

http://www.hirensbootcd.org/download/

La ni tengah download lg :|... 

Sambung selepas ni.

Thursday 21 February 2013

INTERFACES


Assalamu'alaikum.

Dah 2 hari ada kerja malam. Kena plak ada problem... meleret sampai siang. Alhamdulillah problem dah selesai. 

Jadi hari ni nak kongsi sket saja berkaitan "interfaces" yang digunakan dalam mobile comm.

Andaian aku @ analogy aku. Salah ke betui aku tak pasti. Tapi inilah andaian aku untuk nak pahamkan mende nii. 

Dengan adanya interface, ianya memudahkan komunikasi diantara dua pihak. Hanya info2 yang diperlukan sahaja akan diberi dan diterima.  Ianya mungkin boleh diandaikan seperti proses mengeluarkan duit :). Kita tak boleh ke kaunter dan minta duit tanpa mengisi borang dan menghulurkan buku akaun serta IC :). Ianya ada protokol yang mesti diikuti. 

Dengan mengisi borang keluar/masuk duit, maka itulah caranya kita memberitahu pegawai bank yang kita memerlukan duit atau menambah duit ke dalam akaun sebanyak yang tertulis didalam borang tersebut. Selain itu kita juga perlu menyertakan buku simpanan serta IC bagi tujuan "verifikasi". Jika salah satu dari keperluan itu tidak disertakan, maka kita tidak akan mendapat duit atau duit kita tidak akan dimasukkan ke dalam akaun.

Jadi begitulah juga andaiannya (bagi aku) untuk network element di dalam sistem komunikasi (2G atau 3G atau 4G) :). Dengan adanya interface, maka hanya maklumat yang diperlukan sahaja akan ditukarmilik dan di proses. Sekiranya maklumat yang salah diberikan/disertakan dengan interface yang salah, maka komunikasi itu akan terbatal ataupun panggilan akan terputus.

Didalam "mobile communication" terdapat begitu banyak interface. Ada yang aku pun tak tau sebab tak pernah "deal" dengan interface tersebut. Tengoklah kiralah sendiri dari gambar tuu berapa banyak interface yang dipakai dalam mobile communications.





Itu saja buat hari ni. Semoga ada info.

Wassalam.

~ JKPengalaman.blogspot.com ~

Tuesday 19 February 2013

Standard Features


Assalamu'alaikum.

Hari ni sebenarnya tak dak sangat info yang nak dikongsikan tapi nak juga kongsi apa2 pun... So ini saja yang ada utk hari ni... heh heh... So aku masukkan juga sedikit info berkaitan FEATURES @ CIRI2 TAMBAHAN yang ditambah oleh operator pada setiap pelanggannya. Ciri2 berkenaan boleh di"enable" dan di"disabled" pada setiap profile SIM pelanggan di HLR. Selain dari di HLR, paramater2 lain yang berkaitan juga perlu di"set" di MSC.

Pada pendapat aku ada beberapa ciri2 yang bersifat "wajib ada" bagi setiap pelanggan mereka (ciri2 yang pelanggan tidak perlu melanggannya) dan ada beberapa ciri2 lain yang bersifat "optional" di mana ciri2 tambahan ini memerlukan pelanggan membayar secara bulanan ataupun setiap kali menggunakannya. Apakah ciri2 tersebut? Ciri2 ini sememangnya sudah tersedia di dalam MSC/HLR dan operator hanya perlu "enable" atau "disabled" parameter yang berkaitan.

Ciri "wajb ada":
- CLIP:
Nama teknikalnya adalah Calling Line Identification Presentation. Panjang plak namanya :). Macam mana nak tau yang ciri ini ada pada profile SIM anda. Caranya sangat senang dan anda boleh memastikannya seperti berikut.  Jika setiap kali anda menerima panggilan dan NOMBOR pemanggil atau NAMA pemanggil yang anda simpan dlm hp, tertera pada skrin, maka itu lah diaaa :).

Akantetapi ada ketikanya di mana penerima tidak dapat melihat nombor yang memanggilnya atau sekadar tertera PRIVATE CALL atau CALL sahaja. Adakah itu masalah? Jawapannya tidak. Kejadian begini terjadi berkemungkinan disebabkan setting pada element/equipment yang mengendalikan panggilan pemanggil. Berkemungkinan ada parameter RESTRICT calling party telah di"set" di sebelah pemanggil. Maka no pemanggil tidak dihantar ke MSC penerima.


Ciri2 pilihan:

- Call waiting.
Yang ni biasa sangat :). So tak perlu aku cerita lebih2 :)

- Multi Party
Dengan ciri ini pelanggan boleh buat conference call sehingga 6 orang (termasuk pemanggil). Rasanya tak ramai orang melanggan ciri ni. Ciri ni sesuai dengan warga korperat atau peniaga2 besar. Tapi dengan adanya high speed broadban, rasanya ciri ni mungkin tak berapa popular :)

- Call Forwarding
 Yang ni pun dah biasa sangat. Ramai yang tau fungsi dan macam mana nak guna ciri ni :)
Bukan yang ni saja, ada banyak lagi yang lain.